X
.
.
|
.

Laman web
DUNIA REVELL ini mula dibangunkan dari bulan Julai 2001 dengan mengambil kira
keperluan semasa serta fungsi yang akan dimainkan oleh laman web ini. Ia juga
mengambil kira jumlah laman web berkaitan dengan REVELL yang ada yang
kebanyakannya adalah berbentuk komunikasi sehala sahaja. Walaupun kami tiada
mempunyai pengetahuan formal dalam bidang komputer apatah lagi dalam
bidang pembinaan laman web, kami tetap berusaha kerana kami percaya pengetahuan
boleh dicari dimana-mana jika kita berusaha.
Pada
bulan Oktober 2001, laman web DUNIA REVELL mula dipromosikan dihalaman˛
pengiklanan internet di Malaysia dan juga di Indonesia. Alhamdulillah sambutan
amat menggalakkan dan sehingga kini purata kami menerima hit dalam sehari lebih
kurang 30 pelawat dan ia meningkat dari hari ke hari.
Kami juga
ada mempromosikan pendaftaran menjadi ahli REVELL secara online. Apabila kami
mendapat borang permohonan, kami akan mengatur perjumpaan dengan pemohon untuk
penerangan lebih lanjut baik secara perseorangan maupun dalam berkumpulan.
Kami
percaya jika kita berusaha bersungguh-sungguh serta minat yang mendalam,
kejayaan akan tercapai tanpa memerlukan perbelanjaan yang besar. Begitu juga
dengan laman web ini. Kami tidak mengeluarkan perbelanjaan yang besar selain
dari terus menimba pengetahuan dari majalah˛ serta idea dari laman web lain
yang kami telah lawati dan dipraktikkan mana yang sesuai tanpa meniru 100% idea
laman web lain.
Dibawah ini kami sediakan sedikit tip untuk anda melayari laman web DUNIA REVELL ini.
 |
Untuk membeli produk Revell secara online, klik PRODUK.
|
 |
Untuk mendaftar sebagai ahli PGDR, klik PRA-DAFTAR
|
 |
Untuk membaca berita bulanan DUNIA REVELL, klik BERITA
|
 |
Untuk mendapatkan informasi berguna tentang PGDR, klik INFO
|
 |
Untuk melihat aktiviti PGDR & Revell, sklik KALENDAR
|
 |
Untuk sebarang bantuan atau sessi 'live chat', klik BANTUAN
|
Sesungguhnya
kami berharap dengan lawatan anda ini akan menambahkan pengetahuan anda tentang PGDR & REVELL.
Salam
ikhlas dari kami.
Rafida & Aziz
Penerangan serba ringkas mengenai diri
kami:
NAMA
: RAFIDA RAHINNA KAHAR / ABDUL AZIZ WAHAB
NO
AHLI : MY KUL 627987
STOKIS
: PANDAN INDAH, KUALA LUMPUR
JAWATAN
: SENIOR GROUP MANAGER SILVER
E-MAIL
: duniarevell@email.com
|

|
SGM Abdul Aziz Wahab (berkot)
sedang
menerangkan khasiat & faedah produk Kopimin kepada para pengunjung sempena
pelancarannya oleh TPM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini PM) pada 26 Julai
2002 di Karnival Minggu Pengguna 2002 bertempat di PWTC Kuala Lumpur. |
|
.
|
. |
 |
Puan Rafida Rahinna (kanan), SGD Double Diamond En. Musa Ramli & Puan Abibah Isa bersama Ketua Setiausaha KPDN&HEP mengabadikan kenangan di gerai Revell dihari
pelancaran produk Kopimin yang diadakan bersempena dengan Karnival Minggu Pengguna 2002 bertempat di PWTC Kuala Lumpur pada 26 Julai 2002. |
|
| |
P
Assalamualaikum & salam
sejahtera ...
Dengan rasa ikhlas hati, saya ingin mempelawa anda untuk bersama-sama saya menjalankan sebuah
perniagaan yang amat SENANG & MUDAH.
Biarlah saya terangkan serba sedikit tentang perniagaan ini kepada anda kerana saya rasa peluang ini mudah sekali untuk dilaksanakan.
PROGRAM GLOBAL DUNIA REVELL (PGDR) adalah sebuah program yang memberikan anda
pulangan wang tunai (BONUS) setiap kali anda berbelanja .. SEUMUR HIDUP!!!






























PENDAFTARAN RENDAH & SEUMUR HIDUP!!!
Dengan pendaftaran sebagai ahli serendah RM65 (Lembah Klang) sekali sahaja seumur hidup, anda berpeluang mendapat pulangan bonus untuk memenuhi
impian hidup anda seperti:
berkereta mewah
memiliki rumah idaman
menambah pendapatan tambahan
mempunyai lebih masa berkualiti untuk keluarga
menghantar anak ke institusi pendidikan tinggi (IPT)
melancong ke destinasi kegemaran
dalam/luar negara
PRA-DAFTAR ADALAH PERCUMA!!!
Anda akan mendapat website peribadi (seperti ini) secara PERCUMA untuk tujuan mempromosi program hebat ini
kepada orang lain. Untuk mula mendapatkan bonus, anda perlulah mendaftar sebagai ahli PGDR.
UNTUK TAMBAH BONUS ANDA ADALAH
MUDAH!!!
Hanya guna produk seharian keluaran Revell seperti ...
SERBUK PENCUCI PAKAIAN ... PENCUCI TANDAS ... PENCUCI LANTAI ... PENCUCI PINGGAN MANGKUK ... PENGHILANG KOTORAN DEGIL ... PELEMBUT PAKAIAN ... PENYEMBUR SERANGGA
... UBAT GIGI ... SABUN MANDI ... SYAMPU RAMBUT ... BEDAK WANGI ... MINYAK RAMBUT ... DEODORAN PEMUTIH ...
... dan banyak lagi dari 350 jenis produk harian yang mana saya pasti anda akan membelinya di pasaraya maupun kedai runcit berhampiran rumah anda.
KAD AHLI DITERIMA DI MALAYSIA, SINGAPURA, BRUNEI & INDONESIA!!!
PGDR adalah sebuah program global. Sebagai ahli, anda boleh menambahkan bonus anda walaupun anda maupun ahli di dalam
kumpulan anda menetap di Singapura, Brunei ataupun Indonesia. Keistimewaan kad ahli PGDR ialah ianya boleh diguna pakai di mana mana dan pada bila bila masa.
BERMINAT UNTUK MENDAFTAR???
Kepada anda yang berminat, sila klik PRA-DAFTAR sekarang.
Website peribadi anda akan diaktifkan dalam masa 24 jam oleh pihak pengurusan PGDR. Sementara itu, anda bolehlah melayari laman web ini untuk mendapatkan informasi˛ yang pastinya berguna untuk anda. Anda juga boleh melihat SENARAI
FAQ PGDR. Untuk mula mendapatkan bonus anda, anda perlu mendaftar
sebagai AHLI PGDR seperti saya.
Jika anda ingin
tahu mengapa saya menyertai PGDR,
sila klik sini
atau
kembali ke atas
1
MENGAPA SAYA MENYERTAI PGDR?
Saya menyertai PGDR kerana produk yang dipasarkan adalah produk kegunaan harian yang selalu saya dan seisi keluarga
saya gunakan.
Produknya juga nyata amat berkualiti dan didatangkan dengan harga yang rendah dan mampu dimiliki oleh setiap golongan
masyarakat. Pendek kata, dengan belian saya itu, saya mendapat produk dan juga bonus yang tidak saya jangkakan sama sekali.
Setelah mengguna produk, saya mendapat lebih pengetahuan bahawa melalui PGDR, saya juga boleh
menambahkan pendapatan sampingan keluarga saya.
Caranya amat mudah iaitu saya berkongsi kebaikan produk ini dengan orang lain seperti adik beradik atau rakan sekerja
saya dan mengajak mereka menjadi ahli PGDR.
Saya juga mendapat bantuan dari 'upline' serta pihak pengurusan PGDR yang turut membantu saya dan 'downline' saya
mengenai kebaikan produk Revell, kehebatan Pelan Pemasaran Revell serta kelebihan menaja 'downline' baru menerusi laman web saya (online) dan menaja adik beradik atau rakan sekerja saya (offline).
Pihak pengurusan PGDR juga ada menyediakan latihan dan seminar kepada yang berminat untuk menjadi usahawan seperti saya.
Sekarang saya boleh berbangga kerana dengan menyertai PGDR, saya telah mendapat pendapatan sampingan yang tidak kurang
dari RM1,000.00 (seribu ringgit) setiap bulan hasil usaha aktif saya MENGGUNA & MENAJA!
Oh ya ... menerusi KONSEP PGDR &
SISTEM PGDR juga, ramai 'downline' dalam kumpulan saya yang rata-ratanya adalah surirumah tangga telah mengecapi bonus bulanan melebihi RM300.00 sebulan
MARILAH SERTAI SAYA!!!
Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang KONSEP
PGDR,
sila klik sini
atau
kembali ke atas
2
KONSEP PGDR
Sekarang biarlah saya terangkan pula tentang KONSEP PGDR.
ANDA PENGGUNA, DARI PENGGUNA KEPADA PENGGUNA
Jika selama ini anda pernah menggunakan berbagai rangkaian produk Revell, sudah pasti anda telah mendapati bahawa produk Revell ini telah berjaya
MENJIMATKAN MASA, TENAGA & WANG anda.
Anggaplah diri ANDA PENGGUNA produk Revell yang bijak kerana telah berjaya mengimbangi perbelanjaan
bulanan rumah anda kerana produk Revell memang mampu dimiliki oleh semua orang.
Produk Revell juga dapat menjimatkan masa anda melakukan sesuatu perkara. Anda kini mempunyai lebih masa untuk bersama keluarga dan
terutamanya diri anda sendiri. Bukankah perkongsian bijak lagi berfaedah DARI PENGGUNA seperti anda amat dipercayai oleh orang disekeliling anda?
Anda juga berpeluang untuk menjadikan produk Revell sebagai produk kegunaan harian disamping dapat menjana pendapatan tambahan kerana
anda kini boleh berkongsi faedah ini KEPADA PENGGUNA lain yang pastinya adalah kenalan anda sendiri!
Ingatlah ... anda tidak melakukan sesuatu yang menyalahi undang undang apabila berkongsi faedah produk Revell dengan orang
disekeliling anda.
Gunakan segala bantuan yang anda boleh dapati untuk proses penajaan seperti pasangan anda sendiri, adik beradik, saudara
mara, kenalan baru/lama, jiran tetangga, rakan pejabat malah ibubapa kepada rakan sekolah anak anda pun boleh!
Jadikanlah diri anda sebagai seorang pengguna yang amat prihatin akan pilihan dan produk yang diinginkan kerana anda kini merupakan
pengguna yang ‘sofistikated’ lagi bijak
Sertailah saya dan saya akan tunjukkan
bagaimana konsep ini boleh menjana pendapatan anda dengan hanya menggunakan produk Revell sebanyak 100 PV sahaja setiap bulan!
Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang SISTEM
PGDR,
sila klik sini
atau
kembali ke atas
3
SISTEM PGDR
Bagaimana pula dengan sistem? ... PGDR menggunakan SISTEM
1 X 4.
Sekirannya perkongsian anda melebihi 4 orang, lebihan itu akan dimasukkan ke setiap seorang dari 4 orang pertama tadi.
(SPILLOVER)
MENGAPA SISTEM 1 X 4?
Supaya anda dapat memberi tumpuan kepada 4 orang ahli PGDR di bawah anda & begitulah juga dengan peserta di bawah anda
untuk peserta di bawah mereka pula.
TUMPUAN YANG BAGAIMANA?
Mungkin dengan menaja/mengajak mereka menyertai pogram ini sudah memadai tetapi yang sebenarnya belum kerana mereka menyertai
program ini adalah kerana ada!
Sebagai penaja, anda bertanggungjawab untuk ...
BEKERJASAMA
MEMBANTU &
MEMBERI DORONGAN
... kepada ahli di bawah anda.
Selain dari itu, anda juga perlu menerangkan cara penggunaan produk yang betul, cara program ini berfungsi serta kelebihan˛
yang terdapat apabila menyertai program ini dan juga menyertai PGDR.
MENGAPA PERLU 'SPILLOVER'?
Seperti yang telah dijelaskan di atas tadi, mereka menyertai program ini kerana anda.
Mereka akan berasa bangga dan dihargai apabila anda meletakkan peserta lebihan anda di bawah mereka dan akan berusaha bersungguh
sungguh untuk membalas balik pertolongan anda
Klik sini jika anda ingin tahu mengapa PGDR
menyertai Revell?
atau
kembali ke atas
4
MENGAPA REVELL?
Produk Revell adalah produk kegunaan harian yang berkualiti. Harganya tidak mahal dan ada lebih 350 jenis produk yang boleh anda pilih, baik dari depan rumah hingga belakang rumah, dari hujung
rambut sampai hujung kaki dan dari mula bangun tidur hinggalah hendak melelapkan mata malah produk yang bekerja untuk anda semasa anda tidur pun ada!
Produk Revell mempunyai Point Value (PV) yang tinggi yang mana amat susah untuk anda dapati di syarikat lain. Pecahannya adalah seperti berikut:
| PECAHAN % |
RM BERBANDING PV |
| 81% produk |
RM100 bersamaan dengan 100 PV |
| 10% produk |
RM100 bersamaan dengan 110 PV
(Syarikat lain tiada keistimewaan begini) |
| 9% produk |
RM100 bersamaan dengan 70 PV |
Dengan belian serendah RM50 (+50 PV) sahaja sudah melayakkan anda mendapat bonus. Bonus pula dalam bentuk 'cash voucher' (jika bonus kurang dari RM100) ataupun cek
(jika
bonus melebihi RM100). 'Cash Voucher' ini juga boleh ditukar dengan wang tunai yang boleh anda gunakan untuk membeli produk lain.
Sistem Stokis Revell juga amat mudah. Anda tidak perlu pangkat untuk membuka stokis (Masuk ahli dan terus membuka stokis pun
boleh).
Tidak perlu modal besar untuk jadi stokis (modal
permulaan hanyalah +RM500 bersamaan 500 PV). Tidak perlu menyewa kedai untuk membuka stokis (Jadi stokis bergerak menggunakan kenderaan atau letakkan barang dirumah pun boleh). Tak perlu pengalaman untuk membuka stokis
(Pengetahuan akan diajar oleh upline).
Tidak perlu menanggung risoko tinggi untuk membuka stokis (Ada jaminan pulangan produk).
Selain dari itu, Program Kereta Revell telah melahirkan 424 pencapai sehingga April 2004. Tidak memerlukan pangkat maupun kumpulan yang seimbang di
bawah.
Kereta atas nama anda
sendiri. Selepas lengkap 6 bulan dari 12 bulan jualan kumpulan sebanyak 20,000 PV, anda akan menerima
bayaran muka sebanyak RM5,500. Istimewanya ialah ansuran bulanan kereta sebanyak RM550 akan dibayar selama 5 tahun minima. Bonus anda dapat, ansuran kereta pun anda dapat. Ansuran bulanan ini akan meningkat seiring dengan kenaikan bonus
anda.
Mana nak cari ... bayaran muka diberi ... ansuran bulanan pun tak pakai duit sendiri. Anda cuma tuang minyak ajer. itupun dah pakai bonus Revell. Satu lagi, ianya bukanlah TABUNG KERETA yang mana beberapa peratus dari bonus
bulanan anda diketepikan untuk disimpan ke dalam tabung tersebut. Jika anda berjaya mencapai tabung tersebut, alhamdulillah wang tersebut kembali kepada anda. Apa jadi pula jika anda berhenti separuh jalan?
Pelan Pemasaran Revell juga berkonsepkan LEBIH BAIK LEBIH SAKSAMA. Guna 50 PV pun sudah dapat bonus. Peluang
kenaikan pangkat & penambahan peratus bonus prestasi (%BP) sangat cerah. Peluang
anda sebagai downline untuk memintas upline anda juga terbuka tanpa sekatan. Siapa usaha lebih, dia dapat lebih. Pangkat & peratus bonus prestasi tidak turun walaupun anda tidak membuat maintain
bulanan.
Pangkat tertinggi di dalam Revell
iaitu Senior Group
Director Super Crown telahpun dicapai oleh En. Anis Kasan & Puan Saadah Badrus pada Konvensyen Nasional Revell 2004 yang lalu.
Selain dari itu, Revell juga telah bertapak di Malaysia semenjak April 1988. Dianugerahkan dengan lesen jualan langsung selama 3 tahun berturutan yang mana syarikat lain perlu memperbaharuinya setiap
tahun. Ahli
persatuan DSAM (Direct Selling Association Malaysia)
serta Pengasas BEIM Malaysia (Business Ethics Institute of Malaysia)
dan penerima
anugerah antarabangsa ISO 9002 pada Oktober 2000. Revell juga mempunyai 3 kilangnya sendiri yang terletak di Sungai Buloh, Selangor yang berstatus Good Manufacturing Practice
(GMP).
Saya harap penjelasan panjang lebar saya di atas ini tidak menjemukan anda kerana dan jangan lupa untuk mengetahu bagaimana anda boleh
membuat duit di dalam Revell.
Klik
sini jika anda ingin tahu bagaiama
nak buat duit dalam Revell?
atau
kembali ke atas
5
BAGAIMANA NAK BUAT DUIT DALAM REVELL?
Seperti urusniaga lain, sesuatu keuntungan itu dikira dari untung runcit. Produk Revell mempunyai untung runcit
sehingga 25%. Misalannya,
produk TM1 (Trace Mineral) dijual kepada pelanggan dengan harga RM30 (CP). Manakalah ahli Revell membelinya dengan harga RM24 (DP). Apabila ditolak CP dan DP, untuk runcit bagi produk TM1 adalah RM6 (RM30 - RM24).
Selain dari itu, Peratus Bonus Prestasi (%BP) anda adalah berdasarkan jumlah PV kumpulan
seperti yang ditunjukkan didalam carta di bawah dan jumlah tersebut boleh dicampurkan untuk 2 bulan berturutan (Contoh: Jun dengan Julai, Disember dengan Januari):
| JUMLAH PV KUMPULAN |
% BONUS PRESTASI ANDA |
| 50 PV |
4% |
| 300 PV |
7% |
| 1,500 PV |
10% |
| 3,000 PV |
14% |
Dari carta di atas, akan berlakunya KONSEP PASS UP dimana mana-mana ahli anda yang belum mencapai % bonus prestasinya sama dengan anda, akan memberikan
PASS UP kepada anda.
Contoh:
Anda telahpun mencapai peratus bonus prestasi 14% dan mempunyai 4 orang ahli dalam kumpulan iaitu Ahmad, Bala, Chong & David dan semua ahli termasuk anda menggunakan produk Revell sebanyak 100 PV.
Dari penggunaan anda sebanyak 100 PV, bonus anda akan dikira terhadap peratus bonus prestasi anda iaitu 14%. Maka anda akan mendapat RM14 (100 PV X 14%).
Ahmad pula mempunyai peratus bonus prestasi 4%. Dari penggunaan produk Revell sebanyak 100 PV, bonus akan dikira terhadap peratus bonus prestasi Ahmad iaitu 4%. Maka Ahmad akan mendapat RM4 (100
PV X 4%). Anda
pula sebagai upline Ahmad akan mendapat PASS UP sebanyak 10% dari penggunaan Ahmad (14% - 4%). Oleh itu anda akan mendapat RM10 dari penggunaan produk Revell Ahmad.
Bala pula mempunyai peratus bonus prestasi 7%. Dari penggunaan produk Revell sebanyak 100 PV, bonus akan dikira terhadap peratus bonus prestasi Bala iaitu 7%. Maka Bala akan mendapat RM7 (100
PV X 7%).
Anda pula sebagai upline Bala akan mendapat PASS UP sebanyak 7% dari penggunaan Bala (14% - 7%). Oleh itu anda akan mendapat RM7 dari penggunaan produk Revell Bala.
Chong pula mempunyai peratus bonus prestasi 10%. Dari penggunaan produk Revell sebanyak 100 PV, bonus akan dikira terhadap peratus bonus prestasi Chong iaitu 10%. Maka Chong akan mendapat RM10 (100
PV X
10%). Anda pula sebagai upline Chong akan mendapat PASS UP sebanyak 4% dari penggunaan Chong (14% - 10%). Oleh itu anda akan mendapat RM4 dari penggunaan produk Revell Chong.
David pula mempunyai peratus bonus prestasi 14%. Dari penggunaan produk Revell sebanyak 100 PV, bonus akan dikira terhadap peratus bonus prestasi David iaitu 14%. Maka David akan mendapat RM14 (100
PV X
14%). Anda pula sebagai upline David tidak mendapat PASS UP dari penggunaan David (14% - 14%) kerana anda dan David mempunyai peratus bonus prestasi yang sama. Oleh itu anda tidak mendapat apa apa dari
penggunaan produk Revell David. Tidakkah adil begitu?
Dari penggunaan anda serta PASS UP dari downline anda, jumlah bonus anda ialah RM35 (RM14 + RM10 + RM7 + RM4).
Selain dari KONSEP PASS UP di atas, dengan SISTEM PGDR 1 X 4, anda mampu memperolehi bonus mencecah 4 angka sebulan. Mari saya tunjukkan:
| BULAN |
ANDA |
KEMUDIAN |
KENALAN |
BONUS ANDA |
| 1 |
GUNA PAKEJ 100 PV |
ANDA TAJA 4 ORANG KENALAN (A) |
A GUNA PAKEJ 100 PV |
RM19 |
| 2 |
GUNA PAKEJ 100 PV |
A TAJA 4 ORANG KENALAN (B) |
B GUNA PAKEJ 100 PV |
RM70 |
| 3 |
GUNA PAKEJ 100 PV |
B TAJA 4 ORANG KENALAN (C) |
C GUNA PAKEJ 100 PV |
RM860 |
| 4 |
GUNA PAKEJ 100 PV |
C TAJA 4 ORANG KENALAN (D) |
D GUNA PAKEJ 100 PV |
RM2,720 |
Seronok rasanya jika anda dapat mencapai bonus bulanan Revell seperti carta di atas ini. Secara tak langsung, ianya sudah pasti dapat meringankan bebanan
belanja keluarga yang merupakan antara sebab mengapa anda menyertai PGDR.
Selain dari di atas ini, Pelan Pemasaran Revell ada berbagai lagi bonus lain seperti Bonus
Pencapaian Senior Group Manager, Bonus Pembinaan Senior Group Manager dan berbagai lagi bonus untuk anda kecapi bersama keluarga, upline dan downline anda.
Jomlah
sertai saya ... nanti saya terangkan semuanya kepada anda!






























Saya amat mengharapkan anda agar memahami dan dapat menyertai saya di dalam program yang amat SENANG & MUDAH
ini.
Jika anda perlukan penjelasan dengan lebih lanjut lagi, sila klik BANTUAN dan kemukakan pertanyaan anda di ruangan
tersebut.
Jika anda telah mengambil keputusan untuk turut sama dalam program ini, sila klik PRA-DAFTAR.
Tahniah saya ucapkan kerana anda telah mengambil satu keputusan yang bijak demi masa depan anda dan keluarga anda!
KEMBALI
KE ATAS